Khamis, 15 September 2011

PROGRAM JEJAK GEMILANG TAHUN 6 2011 DI SKPTM

TARIKH
HARI
TEMPAT
SASARAN
5 JULAI 2011
SELASA
SK PERMATANG TOK MAHAT
146 MURID TAHUN 6

Satu program yang dinamakan Program Jejak Gemilang telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan. Program ini adalah disasarkan kepada murid-murid Tahun 6 di sekolah-sekolah yang berada di daerah Seberang Perai Selatan. Guru – guru Bimbingan dan Kaunseling di semua sekolah-sekolah rendah di daerah ini bergilir-gilir menyampaikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan.
            Slot ceramah Program Jejak Gemilang di SK Permatang Tok Mahat telah diadakan pada 5 Julai 2011 iaitu pada hari Selasa. Ceramah telah disampaikan oleh En Ramlan b Ramli dari SK Methodist bersama En Jamil bin Ismail dari SK Sungai Bakap. Slot ceramah bermula pada pukul 10.30 pagi. Slot ceramah pertama telah dikendalikan oleh En. Ramlan b Ramli. Antara kandungan ceramah yang disampaikan beliau adalah berkaitan persediaan menduduki UPSR, petua menjadi pelajar cemerlang dan cara meningkatkan keupayaan minda. Slot ceramah kedua disampaikan  oleh En Jamil b Ismail. Beliau menekankan tentang teknik belajar, cara belajar berkumpulan dan teknik mengingat yang berkesan. Slot ceramah bertambah menarik dengan tayangan video yang menyuntik semangat belajar seperti panduan daripada pelajar yang telah berjaya iaitu Nur Amalina. Slot ceramah berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Secara keseluruhannya, murid-murid memberi tumpuan yang baik di dalam program yang diadakan ini.