TARIKH: 30 MEI 2011 HINGGA 2 JUN 2011
SASARAN: 146 CALON UPSR 2011
TEMPAT: SK PERMATANG TOK MAHAT
Program Perkampungan Ilmu Tahun 6 yang diadakan selama 4 hari ini bertujuan mengabungjalin penekanan akademik, sahsiah dan permaianan motivasi kepada 146 orang calon UPSR 2011. Antara aktiviti yang diadakan selama tempoh perkampungan ilmu ini adalah pendedahan teknik belajar, kelas tambahan bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan melalui bengkel-bengkel mengikut matapelajaran juga turut diadakan. Aktiviti sebegini membentuk kerjasama di antara murid di samping mereka seronok menjalankan tugasan diberi. Permaianan motivasi diadakan pada sebelah petang seperti Permaianan Keretapi Malam, Bola Beracun dan sebagainya.




